HaRi-HaRi KeBeSaRaN iSlAm
Sabtu, 6 Februari 2010
WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2010
Harap2 semua pengawas yang dilantik menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan jayanya.
Ahad, 31 Januari 2010
MENERIMA KEHADIRAN 4 ORANG GURU PRAKTIKUM
Isnin, 25 Januari 2010
TOV 2010 BERMULA
Sabtu, 23 Januari 2010
HADIAH BASIKAL .....
WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2010
Di dalam majlis yang sama, Muhammad Hafizi bin Mohd Faudzi telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah dan Sharifah Nur Aimi Syuhada binti Syed Alshagaf Jamil telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas sekolah bagi tahun 2010. Mereka berdua dilantik atas dasar bakat kepimpinan dan kecemerlangan akademik.
Bacaan ikrar pengawas telah diketuai oleh Muhammad Hafizi bin Mohd Faudzi selaku Ketua Pengawas Sekolah.
( Syarifah Nur Aimi Syuhada binti Syed Alshagaf Jamil )
Khamis, 21 Januari 2010
PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011 DAN 2012
a) Kanak-kanak yang lahir 2.1.2005 hingga 1.1.2006 utuk tahun persekolahan 2012.
b) Kanak-kanak yang lahir 2.1.2004 hingga 1.1.2005 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2011.
Semua urusan permohonan penempatan hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai pada 15 Januari 2010 hingga 31 Mac 2010 pada HARI BEKERJA dan WAKTU PEJABAT SEKOLAH SEPERTI MANA BERIKUT :
a) Hari Ahad - Rabu ( 7.30 pagi - 1.00 petang ) dan ( 2.00 petang - 4.30 petang ).
b) Hari Khamis ( 7.30 petang - 1.00 petang ) dan ( 2.00 petang - 3.00 petang ).
Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa / penjaga ketika membuat permohonan penempatan adalah seperti berikut :
a) Sijil lahir kanak-kanak berkenaan ( Salinan asal dan salinan fotostat ).
b) Bukti alamat tempat tinggal ( Bil elektrik / bil air / bil telefon / bil astro / dokumen lain yang berkaitan ).
Ahad, 10 Januari 2010
SURAU SKKGB DALAM PEMBINAAN ... MOHON SUMBANGAN
Surau ini dibina atas sumbangan orang ramai menggunakan kayu terpakai Masjid Tanjung Sabtu. Namun, pembinaan surau ini masih memerlukan kos untuk disiapkan termasuk pembinaan tempat wudhuk, syiling, pendawaian elektrik dll yang memerlukan kos yang tinggi.
Sumbangan orang ramai amat diperlukan dan sumbangan ikhlas boleh disalurkan kepada PIBG SEK. KEB. KOMPLEKS GONG BADAK atau melalui akaun RHB Islamic Bank Berhad : 26303300003530. Segala sumbangan yang dihulurkan, kami ucapkan jutaan terima kasih dan moga-moga Allah merahmati kalian.
Setiap sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada Puan Hajah Halimah binti Mohd ( Bendahari PIBG ) atau Tuan Haji Azizuddin bin Awang Abd. Rahman ( Setiausaha PIBG ) serta Encik Mohd Jik Bin Abd. Rahman ( AJK PIBG ) untuk mendapatkan resit bayaran. Makluman berkenaan boleh dibuat melalui talian 09-6672472 ( Pejabat Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak ).
Ahad, 3 Januari 2010
SESI PERSEKOLAHAN 2010 BERMULA ....
Setelah murid-murid tahun 2-6 mendaftar pada 31.12.2009 yang lalu dan diikuti murid tahun 1 pada 2.1.2010, maka bermulalah era baru ... persekolahan 2010.
Hari pertama persekolahan menyaksikan kesibukan di luar pintu pagar sekolah dengan kenderaan ibu bapa yang memenuhi setiap ruang yang ada terutama ibu bapa tahun 1. Murid baru katakan ...
Memang sudah menjadi adat, bahagian luar kelas tahun 1 dipenuhi oleh ibu bapa yang menunggu anak masing2 untuk memastikan anak2 berada dalam keadaan baik.
Ibu bapa sebenarnya tidak perlu bimbang kerana anak-anak dijaga dengan rapi oleh guru-guru kerana itu lah tanggungjawab guru-guru. Memmang itu sudah menjadi tugas guru-guru.
Hari pertama persekolahan, cuaca berkeadaan baik. Murid-murid dikumpulkan di dataran perhimpunan untuk mendengar taklimat. Taklimat tersebut dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Hisham bin Yusoff dan merupakan Ketua Guru bertugas minggu tersebut. Taklimat pula disampaikan oleh Penolong Kanan 2, Encik Mohd Jik bin Abdul Rahman.
Berikut nama-nama Guru Bertugas minggu pertama persekolahan :
1) EN. AHMAD HISHAM BIN YUSOFF
2) EN. CHE SULAIMAN BIN CHE HASHIM
3) PN. KEMBANG BINTI MAMAT
4) PN. NORIZAN BINTI NAWI
5) PN. RUSLINA BINTI AWANG
6) PN. WAN HAZANAH BINTI WAN MAHMUD
Diharapkan semua warga SKKGB berusaha mempertingkatkan prestasi dan terus menjadikan SKKGB Gemilang dan Terbilang Seantero Dunia.
Selasa, 29 Disember 2009
Isnin, 28 Disember 2009
Kenali Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak
Pada 16 Disember 1998 Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohamed yang ketika itu sedang bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu telah datang melapor diri di sekolah ini. Pada masa itu keadaan fizikal sekolah ini telah siap sepenuhnya. Cuma perabot dan kelengkapan lain masih belum tersedia. Kelengkapan tersebut dihantar ke sekolah secara berperingkat-peringkat.
Seterusnya pada 23 Disember 1998, Encik Samsudin bin Alias iaitu Pembantu Tadbir ( N9 ) datang melapor diri bersama Encik Saide bin Sidek sebagai Pembantu Am Rendah ( PAR ). Seterusnya diikuti pula pada 27 Disember 1998, Encik Besar bin Embong melapor diri sebagai Pengawal Keselamatan Sekolah dan akhirnya pada 30 Disember 1998 seramai 15 orang guru telah datang melapor diri untuk bertugas di sekolah ini.
Sekolah ini memulakan sesi persekolahannya pada 24 Januari 1999 dengan bilangan murid seramai 530 orang iaitu dari tahun 1 hingga 5. Sebelum kedatangan murid ke sekolah ini, guru-guru dan staf sokongan telah bergotong-royong membuat persiapan bilik darjah dan persiapan fizikal yang lain. Seterusnya pada 26 Januari 1999 satu Majlis Penyerahan Bangunan Sekolah diadakan di bilik mesyuarat sekolah dan dihadiri oleh Encik Abd. Hamid bin Abd. Rahman ( Jurutera Daerah ), Encik Mohd Najib dari JPN Terengganu, Tuan Haji Zaid bin Chik dari PPD Kuala Terengganu dan wakil-wakil JKR, JPN serta PPD turut hadir bersama.