HaRi-HaRi KeBeSaRaN iSlAm

Khamis, 21 Januari 2010

PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011 DAN 2012

Semua permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal DUA tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolah.

a) Kanak-kanak yang lahir 2.1.2005 hingga 1.1.2006 utuk tahun persekolahan 2012.

b) Kanak-kanak yang lahir 2.1.2004 hingga 1.1.2005 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2011.

Semua urusan permohonan penempatan hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai pada 15 Januari 2010 hingga 31 Mac 2010 pada HARI BEKERJA dan WAKTU PEJABAT SEKOLAH SEPERTI MANA BERIKUT :

a) Hari Ahad - Rabu ( 7.30 pagi - 1.00 petang ) dan ( 2.00 petang - 4.30 petang ).
b) Hari Khamis ( 7.30 petang - 1.00 petang ) dan ( 2.00 petang - 3.00 petang ).

Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa / penjaga ketika membuat permohonan penempatan adalah seperti berikut :

a) Sijil lahir kanak-kanak berkenaan ( Salinan asal dan salinan fotostat ).
b) Bukti alamat tempat tinggal ( Bil elektrik / bil air / bil telefon / bil astro / dokumen lain yang berkaitan ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan