HaRi-HaRi KeBeSaRaN iSlAm

Ahad, 3 Januari 2010

SESI PERSEKOLAHAN 2010 BERMULA ....

3 Oktober 2010, Sesi Persekolahan untuk penggal persekolahan 2010 telah pun bermula. Dengan semangat baru, murid-murid mula melangkah kaki ke sekolah berpakaian baru, kasut baru, beg baru dan dengan penuh keazaman untuk terus berusaha menjadi seorang murid yang cemerlang serta menjadi anak yang soleh yang memiliki akhlak terpuji....

Setelah murid-murid tahun 2-6 mendaftar pada 31.12.2009 yang lalu dan diikuti murid tahun 1 pada 2.1.2010, maka bermulalah era baru ... persekolahan 2010.

Hari pertama persekolahan menyaksikan kesibukan di luar pintu pagar sekolah dengan kenderaan ibu bapa yang memenuhi setiap ruang yang ada terutama ibu bapa tahun 1. Murid baru katakan ...

Memang sudah menjadi adat, bahagian luar kelas tahun 1 dipenuhi oleh ibu bapa yang menunggu anak masing2 untuk memastikan anak2 berada dalam keadaan baik.

Ibu bapa sebenarnya tidak perlu bimbang kerana anak-anak dijaga dengan rapi oleh guru-guru kerana itu lah tanggungjawab guru-guru. Memmang itu sudah menjadi tugas guru-guru.

Hari pertama persekolahan, cuaca berkeadaan baik. Murid-murid dikumpulkan di dataran perhimpunan untuk mendengar taklimat. Taklimat tersebut dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Hisham bin Yusoff dan merupakan Ketua Guru bertugas minggu tersebut. Taklimat pula disampaikan oleh Penolong Kanan 2, Encik Mohd Jik bin Abdul Rahman.

Berikut nama-nama Guru Bertugas minggu pertama persekolahan :

1) EN. AHMAD HISHAM BIN YUSOFF
2) EN. CHE SULAIMAN BIN CHE HASHIM
3) PN. KEMBANG BINTI MAMAT
4) PN. NORIZAN BINTI NAWI
5) PN. RUSLINA BINTI AWANG
6) PN. WAN HAZANAH BINTI WAN MAHMUD

Diharapkan semua warga SKKGB berusaha mempertingkatkan prestasi dan terus menjadikan SKKGB Gemilang dan Terbilang Seantero Dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan